Tempatan

Pertuduhan Kes Gangguan Seksual Peguam Wanita Dibaca Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2022 – Satu laporan polis telah dibuat oleh Fatihah Jamhari, seorang peguam ke atas beberapa orang pengguna Twitter atas dakwaan melakukan gangguan seksual.

Gangguan seksual itu berkaitan dengan isu ilustrasi grafik satu jenama tuala wanita yang pernah menjadi kontroversi di kalangan pengguna media sosial pada tahun lalu.

Isu itu bermula apabila Fatihah Jamhari membalas satu ciapan yang disifatkan sebagai mempertahankan ilustrasi jenama tuala wanita tersebut.

Namun, jawapannya telah menimbulkan perang komen di laman Twitter ciapan tersebut sehinggalah salah seorang pengguna Twitter bertindak melampirkan sekali gambar kemaluan wanita.

Samudera.my dimaklumkan bahawa pertuduhan kes ini akan dibaca esok di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Puan Nor Hasniah Ab Razak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: