Tempatan

Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dikembalikan Semula

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2022 – Kerajaan akan mengembalikan semula keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sedemikian dalam Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC) kelmarin.

Lapor Utusan, Ismail Sabri berkata, pengecualian tersebut hanya melibatkan peminjam yang menamatkan pengajian bermula tahun 2019 dan diberikan tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Jelasnya, “Ini sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.”

“Saya berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara ini dari segi peruntukan yang terlibat,” tambah beliau.

Setakat akhir bulan lalu, lebih 2 juta peminjam berjaya membayar balik pinjaman dengan jumlah kutipan sebanyak RM17.8 bilion, ujar Ismail Sabri. Beliau turut menasihatkan para peminjam agar melunaskan pinjaman supaya proses pinjaman kepada peminjam seterusnya tidak tertangguh.

Beliau turut memaklumkan bahawa PTPTN telah menyediakan peruntukan lebih RM3 bilion setiap tahun bagi membiayai pinjaman pendidikan kepada purata lebih 180,000 pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: