Pengaruh AS Di ASEAN Bertambah, China Berkurangan – Institut Yusof Ishak-ISEAS
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SINGAPURA, 09 Februari 2023 – Sebuah kaji selidik tahunan yang dibuat oleh Institut Yusof Ishak-ISEAS telah menunjukkan bahawa sokongan kini lebih tinggi diberikan terhadap Amerika Syarikat (AS). Kajian sama turut menunjukkan penurunan sokongan terhadap China.
Kaji selidik tersebut telah melibatkan lebih daripada 1,300 individu di seluruh Asia Tenggara, di mana ianya bertujuan untuk mendapatkan pandangan berkenaan negara-negara dengan kriteria tertentu.
Menurut kaji selidik tersebut, antara negara yang cenderung menunjukkan sokongan mereka kepada AS adalah Indonesia, Myanmar, Singapura dan Filipina.
Di seluruh rantau Asia Tenggara, jumlah responden yang menyatakan bahawa mereka melihat China sebagai kuasa strategik yang paling berpengaruh kini menurun kepada 41.5 peratus, berbanding dengan dapatan 54.4 peratus bagi kaji selidik tahun lalu.
Dapatan bagi soalan berkenaan negara yang paling kelihatan mampu memastikan penguasaan yang berdasarkan undang-undang serta penguasaan yang mengangkat undang-undang antarabangsa juga menunjukkan penurunan bagi China dengan lebih separuh penurunan.
BACA JUGA: Kedatangan Orang Lembah Indus Ke Alam Melayu Kerana Mencari Emas
BACA JUGA: Dakwah Adalah Hak Perlembagaan Umat Islam. Bukan Islam Ada Sekatan
BACA JUGA: Wartawan AS Dakwa Tentera Laut AS Bom Paip Gas Nord Stream
Dapatan bagi soalan yang sama juga menunjukkan penurunan terhadap AS, di mana pada tahun lalu 36.6 peratus daripada responden bersetuju manakala pada tahun ini hanya 27.1 peratus.
Tinjauan itu mendapati bahawa dalam kalangan mereka yang tidak mempercayai China, “41.4 peratus (daripada semua yang dipersoalkan) berpendapat bahawa kuasa ekonomi dan ketenteraan China boleh digunakan untuk mengancam kepentingan dan kedaulatan negara mereka”.