Antarabangsa

Pengarah Sokong BDS, Enggan Tayang Filem di ‘Tel Aviv’

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALGERIA, 29 Ogos 2022 – Pengarah filem Perancis-Algeria, Hassan Mazin memutuskan untuk tidak menayangkan filemnya di Festival Filem Afrika yang dianjurkan di Tel Aviv.

Lapor agensi media Palestin, beliau enggan berbuat sedemikian bagi menunjukkan sokongannya terhadap kempen Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) produk rejim haram aparteid Israel serta memilih untuk tidak membuat ikatan normalisasi dengan rejim itu.

Hassan turut menolak tayangan filemnya yang bertajuk ‘Fanon: Yesterday and Today’ di Tel Aviv bagi menyatakan solidaritinya bersama rakyat Palestin dan perjuangan mereka mencapai kebebasan.

Hassan memberi jaminan bahawa dia tetap menentang pendudukan haram dan penindasan sistematik terhadap rakyat Palestin.

Menurut sumber, Festival Filem Afrika yang diadakan di Tel Aviv telah menerima tajaan institusi kebudayaan rejim haram aparteid Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: