Tempatan

Penganggur Rogol Warga Emas 85 Tahun, Dijatuhkan Hukuman Mati

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 27 Ogos 2022 – Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang penganggur yang telah merogol, meliwat dan membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kelmarin.

Lapor agensi berita tempatan, Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman tersebut ke atas K Satiaraj, 30 tahun, selepas mendapati pembelanya gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Semasa penghakiman berjalan, Ab Karim berkata, tertuduh mempunyai niat mencederakan si mati dan melakukan perbuatan itu dalam keadaan sedar.

“Berdasarkan keterangan, tertuduh tidak mengalami kesukaran dalam mengingati dan menceritakan apa yang berlaku,” ujarnya.

Ab Karim menjelaskan bahawa tertuduh memasuki rumah mangsa untuk mencuri sekali gus sedar ketika menutup mulut dan mengikat tangan wanita itu supaya tidak boleh menjerit.

Perbuatannya menyelongkar almari mencari sesuatu untuk dicuri dan mencuri rantai emas, juga jelas menunjukkan bahawa tertuduh berada dalam keadaan sedar, kata Ab Karim.

Tambahnya lagi, “Sebaik keluar dari rumah si mati, tertuduh secara sedar meminta bantuan daripada rakannya (N Hari Krishnan, saksi pendakwaan kelapan (SP8) untuk menggadaikan rantai itu kerana tertuduh tidak mempunyai kad pengenalan.”

Ab Karim juga mengatakan, tiada bukti dalam keterangan SP8 bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk dan semua perbuatannya menunjukkan tertuduh dalam keadaan normal.

Sebelum ini, Sathiaraj didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori kerana telah membunuh seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Tasik Tambahan, Ampang pada 19 September 2019 antara jam 11.40 pagi hingga 1 tengahari.

Sathiaraj mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan meliwat sekali gus dihukum penjara 13 tahun dengan lima sebatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: