Tempatan

Penganggur Pilih Kerja: Menteri Dibidas Tiada Keazaman Politik Naikkan Gaji

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2023 – Koordinator Nasional Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM) Sivaranjani Manickam membidas kenyataan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar yang mendakwa golongan penganggur terlalu memilih kerja.

Tegasnya, sebenarnya, Menteri Sumber Manusia itu yang tidak memiliki keazaman politik untuk menaikkan gaji pekerja.

BACA JUGA: Bekalan Telur Dilapor Mula Berkurang

BACA JUGA: LGBT & Kumpulan Liberal Yang Menyokong Mereka Harus Ditolak Muslim

BACA JUGA: Bazar Ramadan: Bawa Bekas Sendiri Dapat Kurangkan 20% Sampah

Ulas Sivaranjani, walaupun gaji minima RM1,500 dilaksanakan untuk sebahagian tenaga kerja, tetapi jumlah gaji tersebut masih di bawah paras garis kemiskinan di Malaysia iaitu RM2,200.

“Gaji yang rendah adalah faktor utama mengapa anak muda tidak minat dengan pekerjaan sedia di dalam Malaysia. Anak muda sudi bangun pada 3 pagi menuju ke Singapura untuk bekerja sebagai pembersih lantai.”

“Malah, anak muda sudi meninggalkan keluarga dan tanah air ke negara yang tidak kenalan untuk bekerja sebagai pemetik buah demi gaji lebih tinggi,” ujarnya.

Dedah Sivaranjani, “Kajian daripada Institut Kajian Khazanah menunjukkan bahawa kadar kenaikan gaji adalah terlalu rendah berbanding dengan kos sara hidup sejak beberapa dekad di Malaysia.”

Oleh itu, beliau menggesa Kerajaan untuk mengambil langkah kukuh untuk meningkatkan gaji dengan memudahkan penubuhan kesatuan sekerja di Malaysia.

“Menteri Sumber Manusia perlu ingat bahawa rakyat yang mengundinya sebagai Ahli Parlimen.”

“Malah, gaji Menteri Sumber Manusia yang bernilai beratus ribu setahun adalah hasil titik peluh dan keringat rakyat. Menteri Sumber Manusia tidak harus menggigit tangan yang menyuapnya,” tegas Sivaranjani lagi menurut portal tempatan.

Baru-baru ini, V Sivakumar menyatakan, tiada pengurangan tenaga kerja berlaku sekiranya lebih banyak monopoli yang wujud di dalam negara dipecahkan.

Namun, “Masalah yang saya lihat ialah ada ramai daripada penganggur yang terlalu memilih kerja, itu yang menjadi masalah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: