Penganalisis Dedahkan TikTok Alat Propaganda AS Dan China
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 10 Januari 2023 – Seorang penganalisis, Felix Livshitz telah menyatakan bahawa TikTok adalah alat propaganda Amerika Syarikat (AS) sebagaimana yang telah didedahkan oleh penyiasatan dalaman yang dijalankan oleh ByteDance.
Sebelum ini, TikTok telah didedahkan sebagai alat yang digunakan bagi mengintip beberapa orang wartawan daripada majalah Forbes yang sedang menjalankan penyiasatan terhadap syarikat tersebut bagi mencari individu-individu yang telah membocorkan maklumat dalaman.
BACA JUGA: Saudi Lanjutkan Tempoh Penjara Ulama
BACA JUGA: Babi Masuk Kabinet: Kenali 3 Rukun Politik Orang Cina – Ridhuan Tee Abdullah
BACA JUGA: Denda Tinggi, Penjara Jika Terlibat Ajaran Sesat –MAIS
Pendedahan mengenai hal pengintipan wartawan tersebut, menurut Livshitz adalah satu bentuk perangkap yang memaparkan aktiviti pihak China.
Namun menurut beliau lagi, TikTok turut mempunyai rahsia lain di mana ianya digerakkan sebagai sayap kuasa propaganda AS dan perkara ini amatlah berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh media-media arus perdana.
Dapatan siasatan yang dijalankan oleh ByteDance selaku syarikat induk TikTok itu telah mendapati bahawa para pekerja telah memperolehi akses terhadap alamat IP serta data pengguna secara tidak wajar dalam usaha untuk mengenal pasti sama ada wartawan-wartawan tersebut bekerja di tempat yang sama dengan para pekerja ByteDance.
Tindakan pengintipan yang dikenali sebagai “Project Raven” itu telah dilancarkan setelah media BuzzFeed menerbitkan sebuah pendedahan mengenai pekerja-pekerja ByteDance di China telah beberapa kali mengakses data pengguna AS.