Antarabangsa

Pengamal Media Dunia Gelapkan Identiti Muslim Sinead O’Connor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 28 Julai 2023 – Terdapat beberapa orang Islam yang kecewa dengan kejadian di mana identiti agama seorang artis terkenal, Sinead O’Connor tidak ditonjolkan dalam penghormatan terhadapnya.

Pada Khamis lalu, polis United Kingdom (UK) telah membuat kenyataan bahawa O’Connor, 56 tahun ditemui meninggal dunia di tempat tinggalnya di London pada Rabu lalu dan kematiannya tidak dianggap sebagai mencurigakan.

BACA JUGA: PRN: Dilarang Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan – CAAM

BACA JUGA: PRN: Beberapa Jalan Di Kuala Nerus, Kuala Terengganu Ditutup Sabtu Ini

BACA JUGA: KTM Perkenal Sistem Baharu, Jualan Tiket Setiap 30hb

Artis tersebut yang menjuarai carta dan menempa nama di persada dunia dengan lagunya “Nothing Compares 2 U” telah memeluk agama Islam pada tahun 2018.

Sejak kematiannya diumumkan, para peminat artis tersebut yang beragama Islam telah menyatakan bahawa tindakan beliau memeluk agama Islam, asas identitinya adalah memberi inspirasi, namun sebahagian laporan media tidak membuat sebarang laporan mengenai agamanya dalam sesi penghormatan terhadap almarhumah.

O’Connor pernah memuat naik ciapan pada tarikh 19 Oktober 2018 yang menyatakan bahawa beliau telah memeluk Islam dan beliau bangga dengan perkara itu. Ciapan yang sama juga menyifatkan bahawa tindakan tersebut adalah kesimpulan alami bagi mana-mana pengembaraan ahli teologi yang bijaksana.

Seorang pengguna media sosial telah menyatakan bahawa gambar penyanyi tersebut tanpa hijab pada hantaran mengenai kematian beliau adalah disebabkan kurangnya wartawan Muslim di dalam bilik-bilik berita.

Manakala pengguna media sosial lain seperti penulis Amerika Syarikat (AS), Khaled Beydoun pula menyifatkan tindakan tersebut sebagai “pemadaman” terhadap identiti artis terkenal itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: