Tempatan

Pengakuan Sendiri Tak Cukup Untuk Buktikan Murtad – Mahkamah Syariah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2022 – Mahkamah Tinggi Syariah telah menolak permohonan seorang lelaki untuk keluar Islam pada 19 Oktober 2020 yang lalu atas alasan pemohon tersebut bergantung kepada keterangan sendiri bahawa dia tidak percaya kepada agama Islam, lapor sebuah portal tempatan.

Ulas mahkamah dengan lebih lanjut, lelaki itu juga tidak mengemukakan keterangan pihak lain bagi menyokong dakwaannya.

Kerana itu Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Kerajaan sebagai responden pertama, kedua dan ketiga menolak permohonannya.

Menurut pemohon yang tidak dinamakan itu, dia masih percaya kepada ajaran Kristian dan berminat dengan ajaran Buddhisme.

Menurut laporan yang sama, pemohon telah menganut agama suci Islam pada tahun 2010 semata-mata untuk berkahwin dengan seorang wanita Muslim.

Namun, dia tidak pernah percaya dengan ajaran agama Islam, dan kerana itu mahu murtad. Tambahnya lagi, dia sudah pun bercerai dengan isterinya.

Permohonan semakan kehakimannya sekarang masih berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Pemohon tersebut diwakili oleh Tetuan Fahri Azzat & Co, manakala Jabatan Peguam Negara, Kerajaan dan dua Mahkamah Syariah dalam kes ini diwakili oleh Peguam–Peguam Kanan Persekutuan.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pula diwakili oleh firma Kamaruzaman Arif & Co.

Leave a Reply

Back to top button