Tempatan

PERHATIAN: Jalan Raja, Dataran Merdeka Ditutup Sehingga 13 Mac Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2023 – Jalan Raja (Bump-In/Bump Out) di Dataran Merdeka akan ditutup bermula hari ini, 10 Mac 2023 jam 8.00 malam hingga 13 Mac 2023 jam 5.00 pagi bersempena dengan acara kayuhan berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur 2023.

Menurut makluman Jabatan Penerangan WPKL di Facebook, 18 buah jalan pula akan ditutup selama tiga jam pada hari Ahad ini, 12 Mac, bermula dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi.

BACA JUGA: Denggi: Negeri Sembilan Catat Lonjakan 580 Kes

BACA JUGA: Johor Isytihar Cuti Umum 26 Mac Ini

BACA JUGA: PBT Digesa Tidak Terus Meroboh Gerai Penjaja Tidak Berlesen

Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Bulatan Dato Onn, Jalan Dang Wangi, Jalan Conlay, Jalan Stonor, Jalan Kia Peng, Jalan Perak, Jalan P.Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Putra, Jalan Tun Ismail, Jalan Kuching, Jalan Kinabalu dan Jalan Sultan Salahuddin.

Sehubungan itu, “Kita menasihatkan orang ramai menaiki pengangkutan awam dan mematuhi arahan serta mengikut tanda arah pihak trafik yang bertugas,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh selepas pelancaran pelan laluan kayuhan berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur 2023, semalam.

Acara OCBC Cycle Kuala Lumpur 2023 kali ini adalah yang pertama selepas tiga tahun tidak dianjurkan susulan pandemik COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: