Antarabangsa

Penerbangan Dibatalkan Susulan Kegiatan Tentera China Berhampiran Taiwan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELAT TAIWAN, 05 Ogos 2022 – Sebuah laporan mendedahkan bahawa pesawat penerbangan penumpang terpaksa membatalkan penerbangan atau mencari laluan lain susulan kerisauan yang timbul akibat kegiatan ketenteraan China di Selat Taiwan.

Syarikat penerbangan yang menuju ke Taipei, ibu negara Taiwan itu, dikatakan mengambil langkah berjaga-jaga susulan amaran daripada kerajaan China yang menyuruh pesawat dan kapal untuk mengelakkan enam “kawasan berbahaya” di sekitar Selat Taiwan – China.

Kawasan-kawasan berbahaya ini timbul susulan kegiatan ketenteraan China yang dilakukan di kawasan berkenaan, seperti ujian peluru berpandu dan latihan pesawat pejuang; di mana isu ini timbul susulan lawatan Nancy Pelosi ke Taiwan.

Lawatan Nancy Pelosi, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), ke Taiwan disifatkan oleh kerajaan China sebagai ‘bermain dengan api‘ susulan konflik geopolitik antara China dan Taiwan, di mana dasar antara kedua-dua buah negara tersebut menetapkan supaya negara lain ‘memilih’ untuk mengiktiraf kedaulatan hanya salah satu antara China ataupun Taiwan.

Terdahulu, Samudera.my turut melaporkan AS yang mengiktiraf kedaulatan China dikatakan telah “memprovokasi” China dengan menghantar salah seorang pemimpin kanannya melawat ke Taiwan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: