Tempatan

Penemuan Kubur Wang Kelian: Empat Warga Thailand Dihadapkan Ke Mahkamah Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANGAR, 23 Jun 2023 – Empat warga Thailand yang diekstradisi berhubung penemuan kem transit dan kubur besar di Wang Kelian pada 2015, dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan pemerdagangan manusia.

Menurut laporan berita tempatan berbahasa Inggeris, mereka diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia semalam dan tiba di kompleks mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi tadi di bawah iringan pasukan polis bersenjata.

BACA JUGA: Ideologi LGBTQ: Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM Digesa Wujudkan Garis Panduan Kekang Penyebaran

BACA JUGA: Gagal Bahasa Melayu Atau Sejarah, Lebih 33,000 Lepasan SPM Gagal Dapat Sijil

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Tidak Mesra Pelarian, Dilihat Sebagai Beban Ekonomi & Jenayah

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengumumkan bahawa empat lelaki terbabit diserahkan kepada Malaysia susulan daripada perintah Mahkamah Rayuan Thailand.

Beliau dilaporkan berkata bahawa Kerajaan telah mengemukakan permintaan ekstradisi kepada kerajaan Thailand untuk sepuluh warganegara mereka pada 6 Januari 2017.

Pada Mei 2015, pihak polis menemui 139 kubur dan 106 mayat dipercayai warga Rohingya serta 29 kem tahanan pendatang tanpa izin jauh di dalam hutan Bukit Genting Perah dan Bukit Wang Burma di mana ia beberapa ratus meter dari sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: