Tempatan

Penemuan Batu Kristal, Khazanah Berharga Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERANTUT, 23 September 2022 – Batu kristal kuarza tanpa warna bersaiz empat hingga 4.5 sentimeter dengan berat 150 gram telah ditemui di Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka oleh sekumpulan penyelidik semasa menyertai Ekspedisi Kepelbagaian Biologi Hutan.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Elvaene James yang mengetuai ekspedisi itu tidak menyangka akan menemukan bahan mineral berharga itu.

“Saiz batu di hutan ini lebih berbeza dengan batu yang sama ditemukan kawasan Lojing, Kelantan dan andaian saya batu kuarza banyak terdapat di hutan di sini yang menjadi sumber pendapatan penduduk kerana mineral ini berkualiti dan komersial,” katanya

Sementara itu, menurut Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Samsu Anuar Nawi, ekspedisi tersebut dianggap berjaya apabila menemukan batu kristal kuarza serta khazanah lain yang menjadi rujukan kepada Kerajaan Negeri dan penuntut universiti di Pahang pada masa akan datang.

“Penemuan baharu semasa ekspedisi ini merupakan kejayaan bidang penyelidikan universiti tersebut termasuk sebelum ini ramai pengkaji dari luar dan pengunjung telah menemukan tumbuhan Rafflesia dan mineral lain yang berharga,” katanya.

Pemandu pelancongan Kampung Ulu Cheka, Shafiq Sharipudin turut berpandangan, ekspedisi itu merungkai kekayaan sumber biodiversiti dan potensi menjana sektor ekopelancongan baharu yang terdapat di situ.

“Kajian ini sangat sangat penting dan dalam usaha kerajaan melestarikan khazanah alam sekitar menerusi pemuliharaan untuk tujuan ekopelancongan,” katanya.

Tambahnya, khazanah itu perlu dikawal dan dikhuatiri orang luar akan masuk ke situ untuk mendapatkan batu kristal bagi kepentingan komersial serta pada masa yang sama merosakkan alam sekitar.

Program anjuran JPNP dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) itu telah diadakan selama lima hari dan disertai seramai 30 penyelidik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: