Tempatan

Penempatan Matrikulasi Pelajar India, Diambil Pelajar Lain – Dakwa Presiden MIC

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2022 – Penempatan pelajar berketurunan India ke program matrikulasi berkurangan kerana tempat yang dikhaskan untuk pelajar bukan Melayu diberikan secara tidak seimbang kepada pelajar berketurunan Cina di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang lalu.

Begitulah kenyataan yang dibuat oleh Presiden MIC (Malaysian Indian Congress) MA Vigneswaran yang mendapat bantahan tokoh DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy.

Menurut hantaran Facebook yang dibuat, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II itu mendakwa sangat sedikit pelajar berketurunan India yang masuk ke matrikulasi, bukan kerana salah pelajar berketurunan Cina tetapi kerana Kerajaan bersifat perkauman dan ekstremis.

“Saya ingin meminta Vigneswaran membuktikan kenyataannya bahawa pelajar Cina mendapat manfaat dengan mengorbankan masyarakat India,” ujar P. Ramasamy.

“Saya berharap MIC menjalankan kajian secara serius untuk mengetahui sebab sebilangan pelajar India dikecualikan masuk ke program matrikulasi di bawah kerajaan PH,” kata P Ramasamy lagi.

WA Vigneswaran sebelum itu bertegas bahawa Kerajaan PH bertanggungjawab kepada apa yang dikatakan secara perlahan-lahan dan berterusan diperoleh untuk pelajar India tetapi dikorbankan kepada pelajar Cina.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: