Antarabangsa

Penempatan Baharu Rejim Haram Aparteid Israel Diluluskan Kerajaan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIT SAFAFA, 09 September 2022 – Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan rejim haram aparteid Israel di Baitulmuqaddis telah meluluskan penubuhan penempatan haram terbaru di bandar Beit Safafa, tenggara ibu negara Palestin.

Penduduk kawasan itu berkata, tujuan penubuhan penempatan haram tersebut adalah untuk menghalang penduduknya daripada membangunkan bandar berkenaan sekali gus mengelakkan sebarang pembinaan pada masa hadapan.

Menurut akhbar rejim haram Israel, mereka akan membina 700 unit penempatan haram, rumah ibadat, sekolah dan juga tempat hiburan di mana kesemua pembinaan ini sudah tentunya akan dibina di atas runtuhan harta benda rakyat Palestin.

Pertubuhan Ir Amim, sebuah organisasi yang dikatakan berusaha memajukan agenda politik di sebalik mempromosikan kewujudan bersama di Baitulmuqaddis, menyuarakan penentangan pihaknya terhadap penubuhan penempatan haram itu.

Aviv Tatarski, penyelidik organisasi berkenaan menegaskan bahawa tanah itu harus digunakan bagi pembangunan Beit Safafa kerana kekurangan pilihan untuk membangunkannya.

“Kerajaan enggan memajukan rancangan pembinaan untuk rakyat Palestin, dan pada masa yang sama, memusnahkan lebih banyak lagi rumah di timur bandar,” tambahnya.

Ahli majlis bandar pendudukan rejim haram aparteid Israel, Laura Wharton turut mengutuk keputusan berkenaan dengan mengatakan, “Ia agak keterlaluan apabila pihak berkuasa bangunan meluluskan projek sebagai sebahagian daripada obsesi, dengan cuba menunjukkan bilangan unit yang lebih besar, tanpa mengira sempadan bandar, atau pendapat dunia, atau kesan kepada alam sekitar.”

Pertengahan Mac lalu, tentera pendudukan rejim haram melancarkan kempen pengusiran dan ancaman yang meluas, di mana mereka telah membolot tanah di bandar Beit Safafa bagi mewujudkan penempatan haram di atasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: