Tempatan

Penebangan Hutan Di Bukit Tabur Merisaukan Rakyat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2022 – Sebuah laporan tempatan mendedahkan kerisauan rakyat susulan dakwaan aktiviti penebangan hutan yang dikatakan giat dilakukan di sekitar Bukit Tabur.

Menurut laporan tersebut, khazanah alam yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur, itu sebahagiannya merupakan tanah milik persendirian, di mana aktiviti penebangan tersebut dilakukan. Namun, kegusaran timbul kerana aktiviti tersebut berkemungkinan memberi kesan kepada struktur tanah bukit tersebut.

Mohan Satkunasingam, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawati, menyatakan bahawa antara kerisauan utama dalam kalangan penduduk setempat adalah tanah runtuh, di mana menurutnya terdapat beberapa kejadian tanah runtuh telahpun berlaku di kawasan sekitar Melawati.

Beliau menekankan supaya perlunya ada ketelusan mengenai pelan pembangunan di kawasan itu, terutamanya dari segi keteraturan pembangunan di sana.

“Kita nampak ada banyak pembangunan, tapi kita nak tahu yang paling penting, sama ada pembangunan ini adalah teratur, maknanya pihak berkuasa tempatan (PBT) ada keluarkan Kebenaran Merancang (KM) kepada mereka ini atau tidak?” tegasnya dalam laporan yang sama.

“Pembangunan ini perkara yang penduduk tentang sebelum ini kerana ia dikhuatiri memberi kesan kepada keindahan flora dan fauna di sini,” luah seorang penduduk di sana.

“Sesuatu tindakan perlu diambil bagi menangani masalah ini, saya lega apabila sebelum ini MPAJ ada megeluarkan notis dan kerja-kerja pembangunan juga dihentikan serta mereka,” sarannya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: