Tempatan

Penduduk Sri Muda Bakal Saman NADMA & Agensi Berkaitan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 18 Januari – Penduduk Sri Muda yang terjejas teruk oleh banjir baru-baru ini bakal menyaman Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi berkaitan susulan bencana yang meragut sehingga 9 nyawa di Sri Muda sahaja.

Pihak-pihak yang bakal disaman ialah NADMA, Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, serta Majlis Bandaraya Shah Alam.

Hujah utama yang bakal dikemukakan adalah pihak berwajib telah mengabaikan tanggungjawab memelihara keselamatan rakyat Selangor dan gagal untuk menyediakan sistem pengairan yang baik, mengambil tindakan yang secukupnya berhubung bencana dan beberapa alasan lain.

Sachpreetraj Singh Sohanpal, peguam, mengalu-alukan sesiapa yang terjejas dengan kejadian banjir Sri Muda untuk menyertai lebih kurang 40 penduduk Taman Sri Muda dalam proses menyaman terbabit.

“Mana-mana mangsa, penduduk, peniaga atau sesiapa sahaja yang terjejas dengan banjir di Taman Sri Muda dialu-alukan.” Ujar beliau.

Kejadian banjir seperti yang berlaku di Selangor baru-baru ini bukanlah yang terakhir, berikut menurut Lee Wei Koon, seorang pakar dalam pengurusan sumber air dan sistem persekitaran seperti yang dilaporkan portal berita Yahoo!

Hal ini kerana, kebanyakan negeri, termasuk yang berkembang pesat seperti Selangor sendiri tidak mempunyai sistem pencegahan dan kawalan banjir yang baik untuk menampan bencana seperti yang berlaku baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button