Tempatan

Penduduk Skudai Diminta Bersedia Bekalan Elektrik Putus Bermula Esok

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SKUDAI, 02 September 2022 – Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta penduduk berhampiran kawasan Skudai melakukan persediaan awal bagi menghadapi gangguan bekalan elektrik bermula esok, 10 pagi.

Menurut TNB dalam Facebook mereka, ia berikutan kerja-kerja Hentitugas Berjadual di sekitar kawasan Skudai, Johor.

Gangguan bekalan elektrik sementara akan berlaku pada 3 September 2022 (Sabtu), jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang di kawasan berikut:

1. Taman Mutiara Rini
2. Jalan Jasa 1-27, 36-42, 45-64
3. Jalan Utama 24-33
4. Jalan Bakti 16-22, 24, 26-76
5. Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2
6. Pangsapuri Jasa
7. Taman Seri Orkid
8. Jalan Seri Orkid 1-50
9. Taman Skudai Baru
10. Pangsapuri Skudai Villa
11. Jalan Hang Lekir 9, 9/1-9/5
12. Pusat Sumber, Jalan Hang Jebat 1
13. UTM Skudai
14. Perumahan Kakitangan UTM
15. UTM Technovation Park
16. UTM MTDC
17. Taman Universiti
18. Jalan Pendidikan 1-5, 8/1-8/2
19. Jalan Kebudayaan 1-2
20. Jalan Kemuliaan 1-5
21. Taman Desa Skudai
22. Jalan Sejahtera 1-24
23. Pangsapuri Taman Desa Skudai
24. Skudai Appartment
25. Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai
26. Jalan Pontian Lama
27. Bengkel MBIP

Tambah TNB, pengguna dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik, terutamanya ketika berlakunya gangguan bekalan kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa.

“Sebarang pertanyaan, sila hubungi TNB CareLine di talian 15454. Sebarang kesulitan semasa kerja-kerja ini amat dikesali,” kata TNB.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: