Tempatan

Penduduk Selayang Mengamuk Pasar Borong ‘Dijajah’ Pelarian Rohingya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELAYANG, 17 Februari 2023 – Seorang pengguna Tiktok @sophianmohdzain4 bertindak menyerbu kedai-kedai yang dibina oleh pelarian-pelarian Rohingya di Pasar Borong Selayang susulan pasar tersebut kini ibarat seperti telah ‘dijajah’ oleh pelarian tersebut tanpa sebarang gangguan.

Di dalam video tersebut, En Sophian menunjukkan bagaimana pelarian-pelarian Rohingya memonopoli perniagaan di pasar tersebut.

Beliau juga menerjah dan menemui peniaga Rohingya yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan menegaskan kepada mereka bahawa sebagai pemegang kad tersebut, mereka tidak dibenarkan untuk bekerja di dalam negara ini.

BACA JUGA: Menteri Umum Tiada Kemungkinan Pemansuhan & Penghapusan Hutang PTPTN Untuk B40

BACA JUGA: Lim Kit Siang Dakwa Gelombang ICERD Timbul Kerana Penipuan, Fitnah & Berita Palsu

BACA JUGA: Sudah Tiba Masanya Teks Perlembagaan Menggunakan BM Sebelum Pertembungan Besar Berlaku

Beliau yang berang dengan tindakan pelarian-pelarian tersebut yang meniaga sesuka hati sehingga membina kedai di atas jalan raya telah bertindak menghalau peniaga-peniaga Rohingya tersebut.

“Ini kalau kita Malaysia punya orang meniaga susah, diaorang meniaga senang-senang, kita melingkup jangan jadi warganegaralah,” tempelak beliau.

En Sophian  juga mempersoal mengapakah Majlis Perbandaran Selayang (MPS)  tidak mengambil tindakan terhadap isu pelarian Rohingya yang meniaga di atas jalan raya, sedangkan mereka berada di kawasan berdekatan, sambil beliau menunjuk sebuah kenderaan penguatkuasa MPS yang diparkir 100 meter dari tapak kedai-kedai peniaga Rohingya.

Tambah beliau, “tak payah cerita undang-undang, pelarian yang memegang kad UNHCR di bawah Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu, tidak boleh bekerja, tidak boleh berniaga. Sekarang ini diaorang bukan bekerja, diaorang meniaga, bukan setakat meniaga, dia naik moto, naik kereta, bawa lori. Apa punya Malaysia ini?”

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mendedahkan bahawa pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya telah mengaku membayar antara RM5,000 hingga RM7,000 kepada ejen bagi urusan mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Temu bual yang dijalankan ke atas beberapa pemegang kad UNHCR yang terdiri daripada etnik Rohingya, mereka membuat pengakuan bahawa masuk ke Malaysia melalui pintu sempadan negara iaitu melalui Kedah, Thailand dan Kelantan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: