Tempatan

Pembinaan Bangunan Tambahan Sekolah Vernakular Tanpa Izin Kementerian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 April 2022 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu laporan dan tinjauan yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) mendapati pembinaan bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Chee, Segambut telah dimulakan tanpa mendapat kelulusan KPM.

“KPM menghargai usaha masyarakat yang turut menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara. Bagaimanapun, KPM ingin menegaskan bahawa tindakan pihak LPS yang tidak menghiraukan teguran dengan terus membina bangunan tambahan di tanah persendirian adalah tidak wajar.”

“KPM tidak boleh didesak oleh mana-mana pihak untuk menerima apa-apa bangunan sebagai sekolah kerajaan kerana kementerian tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.”

Dalam satu kenyataan yang dibuat pada beberapa hari lalu, KPM memaklumkan permohonan lengkap perlu memenuhi tiga syarat yang ditetapkan kepada Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) bagi membolehkan pertimbangan sewajarnya dibuat.

Syarat yang ditetapkan adalah pihak sekolah perlu mengemukakan bukti bahawa Chevron Malaysia Limited telah membuka atau melupuskan kaveat ke atas tapak yang dicadangkan.

Sekolah juga perlu memberikan skop projek supaya mematuhi Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan Pembangunan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos bagi Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Manakala bagi syarat yang ketiga pula adalah, LPS perlu melampirkan surat jaminan bagi menyerahkan tapak dan bangunan baharu kepada kerajaan memandangkan sekolah tersebut merupakan sekolah kerajaan.

Menurut Guru Besar SJKC Khai Chee, bermula tahun 2012 hingga 2014, beliau telah melakukan permohonan untuk mendirikan satu blok bangunan di atas tanah persendirian sebagai bangunan tambahan kepada sekolah tersebut.

Cadangan pembinaan bangunan tambahan perlu mematuhi tatacara pembinaan institusi pendidikan kerajaan kerana sekolah vernakular tersebut merupakan sekolah kerajaan yang dibina di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Kenyataan KPM mengatakan bahawa satu surat arahan pemberhentian kerja telah dikeluarkan JPWPKL pada 8 Disember 2014.

“Semakan JPWPKL mendapati bahawa LPS masih meneruskan kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut. Oleh itu, JPWPKL mengeluarkan surat kedua arahan pemberhentian kerja kepada pihak LPS pada 7 September 2015.”

“Arahan pemberhentian ini juga tidak dihiraukan oleh pihak LPS dan kerja-kerja pembinaan diteruskan sehingga bangunan tersebut siap dibina.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: