Antarabangsa

Penduduk Kristian Halang Pembinaan Masjid Di Daegu, Korea Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

DAEGU, 15 September 2021 – Penduduk beragama Kristian di Daegu bangkit menentang keras pembinaan masjid dua tingkat di Daehyeon-dong kerana takut akan perkembangan pengaruh agama Islam yang dikatakan bakal mengancam keselamatan anak-anak mereka.

Masjid itu masih dalam fasa pembinaan, mula dibina bulan Disember 2020 oleh penduduk tempatan yang beragama Islam. Mereka mendapat kebenaran daripada pejabat daerah untuk membina masjid tersebut pada bulan September tahun yang sama.

Tetapi pembinaan masjid itu mendapat tentangan hebat dari kalangan penduduk terutamanya dari kalangan kumpulan-kumpulan penganut Kristian Protestant di sana. Mereka melancarkan siri demonstrasi di hadapan tapak pembinaan bagi menakutkan pekerja-pekerja yang sedang membina masjid itu.

Puak penentang ini juga telah melambakkan pelbagai petisyen di pejabat daerah bagi memaksa kerja pembinaan masjid itu dihentikan atas alasan pencemaran bunyi dan pelanggaran hak-hak mereka sebagai penduduk di sana.

Atas tekanan yang berterusan daripada pihak penentang ini, pihak berkuasa memberi perintah agar umat Islam di sana menghentikan sementara kerja pembinaan masjid itu pada bulan Februari sehingga kini.

Umat Islam di sana sedang menanggung kerugian yang amat besar kerana terpaksa menangguhkan kerja-kerja pembinaan masjid itu selama berbulan-bulan.

Baru-baru ini tular sebuah petisyen yang telah memperolehi ratusan ribu sokongan mendesak kerajaan mengambil langkah untuk “menyelamatkan” Korea Selatan daripada pengaruh agama Islam.

Mereka beramai-ramai mendesak kerajaan untuk campur tangan dalam isu ini, “Kerajaan perlu tolong kami membina negara yang lebih selamat untuk anak-anak kami.”

“Aku sudah melawan lebih lapan bulan bagi menghentikan pembinaan masjid itu. Aku sudah lihat ramai pendatang asing dalam kawasan ini selama puluhan tahun aku tinggal di sini, tetapi aku tidak pernah lihat mana-mana pendatang membentuk komuniti sendiri sebagaimana umat Islam buat. Aku rasa terancam melihat mereka berjalan berkumpulan.”

“Dan sekarang mereka berani membeli rumah di sini, dalam sedikit masa sahaja lagi daerah kita akan menjadi Muslim. Aku tidak faham kenapa mereka beria-ia mahu hak kebebasan beragama di sini sedangkan di negara mereka agama selain Islam ditindas dan hak asasi manusia dicabul,” tulis petisyen itu.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button