Antarabangsa

Import Bulanan Dibayar Guna Yuan, Argentina ‘Buang’ Dolar AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARGENTINA, 28 April 2023 – Argentina kini mensasarkan untuk membuat pembayaran secara pukal bagi import bulanan barangan yang diambil daripada China menggunakan matawang Yuan dan tidak lagi menggunakan Dolar Amerika Syarikat (AS).

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Massa pada hari Rabu lalu.

BACA JUGA: Ribuan Ikan Mati Akibat Cuaca Terik

BACA JUGA: Awas! Scammer Guna Nama Pendakwah Tawar Duit Raya

BACA JUGA: Jauhi Kawasan Terbuka Ketika Petir, Kilat – Safar Untong

Buenos Aires dan Beijing telah menandatangani perjanjian pertukaran matawang pada tahun lalu yang mana perjanjian tersebut mensasarkan untuk membendung aliran keluar matawang asing daripada bank pusat Argentina.

China kini adalah merupakan rakan perniagaan kedua terbesar Argentina setelah Brazil. Jumlah keseluruhan import barangan daripada China ke negara itu pada tahun 2021 adalah sekitar $13.5 bilion sebagaimana yang terdapat pada pengkalan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Massa menyatakan bahawa Argentina akan membayar sejumlah wang yang senilai dengan $1 bilion menggunakan matawang Yuan pada bulan ini bagi barangan serta perkhidmatan daripada China. Manakala bayaran bagi import bulanan akan dibayar dengan nilai $ 790 juta, juga dengan matawang Yuan bagi bulan-bulan berikutnya.

Perjanjian pertukaran matawang tersebut yang telah dikembangkan serta dimuktamadkan pada awal tahun ini juga membenarkan pengeksport Argentina bagi membuat bayaran ansuran dengan kedua-dua matawang Yuan dan Dolar.

Jumlah pegangan Dolar AS di rizab global telah jatuh sepuluh kali ganda lebih pantas pada tahun lalu berbanding dengan dua dekad sebelum ini. Setiausaha Perberbendaharaan AS, Janet Yellen baru-baru ini telah membuat pengakuan bahawa peranan Dolar dalam rizab kewangan dunia akan lenyap.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: