Antarabangsa

Kerajaan Mesir ‘Robek’ Tanah Perkuburan Islam, Termasuk Makam Imam Syafie

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAHERAH, 20 Jun 2023 – Kerajaan Mesir telah ‘merobek’ ribuan kubur di tanah perkuburan Islam purba susulan pelaksanaan projek peluasan jalan dan jambatan di bandar itu.

Mengejutkan lagi, kawasan tanah perkuburan tersebut dipercayai menempatkan makam Imam Syafie, pengasas mazhab Syafie dan makam sultan-sultan yang memerintah Mesir suatu ketika dahulu.

Ia juga merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO, dikenali sebagai City of the Dead dan menjadi tempat pengebumian orang Mesir sejak kedatangan Islam pada abad ketujuh Masihi.

Portal media antarabangsa melaporkan, perobohan kubur itu dibuat bagi mengurangkan kesesakan di Kaherah sekali gus menghubungkan bandar itu dengan ibu kota baharu yang sedang dibina, 50 kilometer ke timur.

BACA JUGA: Dasar Ekonomi Kurang Jelas Antara Punca Orang Melayu Tidak Puas Hati

BACA JUGA: Makmal Hasilkan Janin Manusia Cetus Kegusaran Dunia

BACA JUGA: Usaha Gugat Pengerusi SUHAKAM Mesti Dihentikan, Siasat NGO Penerima Dana Asing – Hj Aminuddin Yahaya

Walau bagaimanapun, tindakan berkenaan mendapat bantahan di kalangan ahli keluarga dan aktivis pemuliharaan sejarah namun mereka hanya diberi sedikit masa sahaja sekiranya ingin memindahkan mayat ahli keluarga.

Dalam pada itu, selepas isu tersebut tular di media sosial, kerajaan Mesir mengeluarkan kenyataan dengan berkata, ia tidak berniat untuk memusnahkan monumen-monumen yang ditetapkan sebagai bersejarah, tetapi hanya 102 tapak daripada lebih 2.5 juta makam telah menerima sebutan ini, kata ahli pemuliharaan.

Mengulas lanjut, Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi mengarahkan satu jawatankuasa dibentuk untuk ‘menilai keadaan dan mempertimbangkan alternatif yang ada’.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pula menegaskan, kawasan itu harus dipelihara dan pihaknya akan meneliti kes pada September 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: