Pendirian Politik: Lim Hui Ying Yakin Para Guru Tidak Pengaruhi Pelajar
KUALA LUMPUR, 22 Februari 2023 – Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying menegaskan bahawa para guru sejarah sekolah Kerajaan tidak akan mempengaruhi pandangan politik pelajar apabila mengajar tentang pilihan raya.
Katanya, “Kami ada keyakinan terhadap guru. Pada itu PDP (pengajaran dan pembelajaran) Sejarah, tugas guru mengajar apa sahaja topik secara objektif, termasuklah pilihan raya.”
“Guru kita telah dididik dengan integriti dan bersikap objektif, yang tidak mungkin mempengaruhi murid dari segi fahaman politik,” tegas Timbalan Menteri itu.
Menurutnya, guru-guru dilatih untuk bersikap objektif dan berintegriti supaya tiada cubaan untuk mempengaruhi kecenderungan pelajar terhadap politik tertentu.
BACA JUGA: Keluarga Mangsa 911 Tidak Layak Terima Dana Bank Afghanistan
Keluarga Mangsa 911 Tidak Layak Terima Dana Bank Afghanistan
BACA JUGA: SOSMA Kekal – Menteri KDN
BACA JUGA: Golongan Kayangan Tidak Wajar Dapat Bantuan Awal Persekolahan
Golongan Kayangan Tidak Wajar Dapat Bantuan Awal Persekolahan
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah menyediakan bahan sokongan dalam bentuk Power Point untuk membantu guru mengajar topik pilihan raya dengan sebaiknya.
Tambahnya, “Kita juga ada video dari segi Didik TV. KPM juga telah menyiarkan tajuk berkaitan dengan pilihan raya.”
Beliau menjawab sedemikian selepas Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) mengajukan soalan bertanya, ‘Apakah langkah Kerajaan untuk memastikan guru tidak mengambil kesempatan daripada pengajaran topik pilihan raya untuk mempengaruhi pelajar terhadap politik tertentu?’ dalam sidang Parlimen hari ini.