Tempatan

Mansuhkan Peraturan Penjawat Awam Tidak Boleh Kritik Dasar – Cikgu Fadhli

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2022 – “Pendidikan perlu diasingkan daripada politik. Walaupun ia mungkin akan mengambil masa, situasi itu perlu diubah. Ini kerana sekiranya ada campur tangan politik, maka wujud kepentingan untuk mengatur orang-orang tertentu dalam jawatan.”

“Perkara ini sudah lama berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun. Integriti sangat penting. Jika tidak, negara boleh hancur kerana rasuah, tiada integriti dan kroni. Kesannya akan merebak hingga ke peringkat kakitangan bawahan, termasuk di sekolah.”

Kenyataan itu dilontarkan Cikgu Mohd Fadli bin Mohamed Salleh @ Salleh dalam satu siaran langsung di laman sosial Facebooknya selepas didapati tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Menurut Cikgu Fadli, ‘Little Napoleon’ yang wujud dalam sistem pendidikan ini merupakan satu budaya tidak sihat dan perlu dihapuskan kerana jelas kesannya yang akan merosakkan seluruh organisasi pendidikan itu sendiri.

Beliau yang merupakan guru matapelajaran Matematik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak berpandangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk jabatan di bawahnya perlu mempunyai integriti yang didakwanya semakin hari semakin terhakis.

Pesan beliau terhadap Kerajaan baharu yang akan memerintah kelak, adalah wajar untuk membenarkan para pendidik bersuara mengenai perkara yang patut serta bersesuaian, di samping memberikan kritikan membina dan sama-sama berhujah secara ilmiah tanpa sekatan untuk sebarang idea dilontarkan.

“Tolonglah mansuhkan peraturan yang mana penjawat awam tidak boleh mengkritik dasar, penjawat awam tidak boleh menyatakan kelemahan. Ini kerana orang yang tahu rosaknya, lemahnya dasar yang dibawa itu adalah pelaksana.”

“Dalam Kementerian Pendidikan, pelaksana itu adalah guru. Maka, merekalah yang layak memberi kritikan, ulasan dan maklum balas sama ada dasar itu sesuai atau tidak.”

“Jika suara guru disekat, impaknya ialah kerosakan pada sistem dan kesannya pula terhadap murid,” jelasnya lagi mengenai isu tersebut yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan tindakan KPM yang mahu membuang Cikgu Fadli dari profesion sebagai seorang guru atau diturunkan pangkat kerana dikatakan berkelakuan melanggar tatakelakuan.

Beliau dikenakan tindakan tersebut kerana berlaku jujur dan mengatakan kebenaran dalam memperjuangkan Cikgu Fadli para pelajar di negara ini susulan isu beg berat bahaya kepada anak-anak, silibus tinggi dan padat, bilangan murid yang ramai dalam kelas, subjek yang banyak untuk murid belajar, masa belajar bagi subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi, dan adanya ‘Little Napoleon’ dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: