Antarabangsa

Pendakwaraya Jerman Serbu Deutsche Bank, Siasat Penipuan Cukai Berbilion

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERMAN, 19 Oktober 2022 – Pejabat utama bagi bank peminjam terbesar Jerman telah diserbu pada hari semalam bagi tujuan siasatan berkenaan penipuan cukai yang bernilai tinggi yang mana ianya telah menyebabkan pihak kerajaan mengalami kerugian berjumlah beberapa bilion.

Bank peminjam terbesar tersebut, Deutsche telah menyatakan bahawa pihak penuduh daripada Cologne telah melakukan siasatan di pejabat-pejabat mereka di Frankfurt bagi menyiasat kes yang dikenali sebagai “cum ex.”

Bank tersebut mendakwa bahawa pihak mereka “memberi kerjasama sepenuhnya yang berterusan” kepada pihak berkuasa.

Kes tersebut turut melibatkan Cahncellor negara tersebut, Olaf Scholz. Walau bagaimanapun, Scholz menafikan tuduhan mengenai penglibatannya di dalam kes penipuan tersebut.

Skandal penipuan yang mula dibongkar pada 2017 itu telah melibatkan ramai individu, di mana mereka beroperasi dengan menukar dan memindahkan secara cepat saham-saham syarikat dalam kalangan mereka pada sekitar hari pemberian dividen.

Pemindahan dan pertukaran itu dibuat dengan tujuan bagi menuntut beberapa potongan cukai pada satu pembayaran.

Ramai yang telah dikenal pasti terlibat dalam penipuan tersebut, termasuklah ahli-ahli perbankan, peniaga-peniaga saham, para peguam serta penasihat-penasihat kewangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: