Tempatan

Pendakwah Gesa Kerajaan Perpaduan Tidak Tunduk Desakan LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2023 – Susulan kontroversi perarakan Hari Wanita Sedunia yang melibatkan golongan LGBT baru-baru ini, pendakwah menggesa agar Kerajaan Perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan tidak tunduk dengan sebarang desakan daripada kumpulan tersebut.

Pendakwah, Ustazah Asmak Husin menerusi catatan laman Facebook beliau menegaskan, “Sepatutnya dalam meraikan hari wanita, kita perlu pro aktif menggerakkan advokasi dan kempen kesedaran untuk membangunkan wanita, memperjuangkan hak dan kebajikan wanita. Bukannya mencemarkan sambutan Hari Wanita dengan tuntutan sonsang l*gbtq.”

Beliau mempersoalkan, “Kenapa setiap kali hari wanita perlu dicemari dengan perarakan melibatkan perjuangan l*gbtq? Adakah golongan wanita simbolik kepada l*btq?”

“Wanita adalah kemuliaan agama. Jika dijadikan wanita sebagai simbolik kepada l*gbtq ia jelas menghina dan menjatuhkan maruah wanita,” tambah beliau.

Lebih membimbangkan, mantan senator itu memaklumkan bahawa perhimpunan menggesa pengiktirafan golongan tersebut bukan perkara baharu malah pernah berlaku pada tahun 2019.

“Ini membuktikan golongan ini konsisten menyebarkan perjuangan songsang ini dalam masyarakat kita.”

BACA JUGA: Polis Buka Siasatan ‘Perhimpunan LGBT’ Kuala Lumpur

BACA JUGA: Perhimpunan LGBTQ : Ideologi Songsang Ini Perlu Ditegah

BACA JUGA: Perhimpunan LGBTQ: Jantina Rasmi Yang Diiktiraf Hanya Lelaki & Wanita

Beliau juga difahamkan perhimpunan itu turut disertai oleh golongan mahasiswa, justeru itu ibu bapa diminta untuk memantau anak-anak di institusi pengajian tinggi agar mereka tidak terjebak di dalam perjuangan songsang ini.

Dalam pada itu, Ustazah Asmak Husin juga menggesa pihak Kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk lebih tegas dalam isu ini agar ideologi perjuangan LGBT tidak terus mengakar di negara kita.

“Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM kerana menjalankan tugas dengan cepat dan tangkas dengan bertindak memanggil penganjur ke IPD,” ujar beliau di akhir kenyataan.

Terdahulu, pihak polis telah membuka siasatan terhadap satu perhimpunan terlarang yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: