Tempatan

Jerat Scammer, Remaja Diugut Sebar Video Bogel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BATU PAHAT, 13 September 2022 – Seorang wanita diugut disebarkan gambar bogelnya oleh scammer jika dia enggan memindahkan wang bernilai RM1,000 seperti yang diminta.

Mangsa, 19, terjerat dengan permintaan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan fizikal semasa ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

Itu adalah sebahagian modus operandi licik scammer untuk mendapatkan wang mudah daripada mangsa yang termakan dengan dakyah penipuan mereka.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi telegram pada 9 September lalu sebelum ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

“Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai perlu menghantar beberapa dokumen dan juga perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan fizikal secara ‘online’ (dalam talian).”

“Mangsa dikehendaki memuat naik gambar secara berpakaian dan dalam keadaan berbogel serta memasukkan wang berjumlah RM600 ke dalam satu akaun sebagai wang proses.”

Pengadu yang tidak menyedari dirinya terjebak dengan penipuan tawaran biasiswa itu tanpa berfikir panjang terus mematuhi semua arahan tersebut.

Susulan daripada laporan berkenaan, kira-kira pukul 2 petang kelmarin pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Pahat telah berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun di sekitar Johor untuk siasatan lanjut.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 16 September ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: