Tempatan

Penceramah Bebas Ditahan Kes Rogol Remaja 14 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Julai 2022 – Seorang penceramah bebas telah ditahan di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada petang Isnin atas dakwaan merogol remaja 14 tahun.

Menurut Datuk S Sasikala Devi, Timbalan Ketua Polis Selangor dalam satu kenyataan, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 11.15 malam, 16 Julai 2022 (Sabtu) lalu.

Beliau menjelaskan suspek telah direman selama lima hari bermula 19 Julai hingga 23 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Difahamkan pengadu telah berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun 2021.

“Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.” Katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: