Antarabangsa

Rusia Kini Bertempur Dengan NATO, Bukan Lagi Ukraine – Patrushev

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 13 Januari 2023 – Setiausaha Sidang Keselamatan Rusia, Nikolai Patrushev telah mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu bahawa Rusia kini bertempur dengan NATO yang diterajui oleh Amerika Syarikat (AS) di Ukraine.

Patrushev yang juga merupakan rakan sekutu rapat Presiden Rusia, Vladimir Putin itu turut menyatakan bahawa Barat kini sedang berusaha untuk memadamkan Rusia daripada peta politik dunia.

BACA JUGA: Kementerian Lambat, Kedah Bertindak Keluarkan Sendiri SOP Penerokaan REE 

BACA JUGA: Jual Arak Di Premis Tertentu: PERKASA Kedah Sambut Baik Cadangan MB 

BACA JUGA: Media UK Dedah Plot Rahsia Untuk Jatuhkan Pope Francis

Penglibatan Putin dalam perang di Ukraine adalah sebenarnya mengenai pertempuran dengan pihak Barat yang agresif dan sombong. Putin juga pernah sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang mengatakan Rusia akan melakukan apa sahaja bagi melindungi negara itu beserta rakyatnya dalam menghadapi pihak penceroboh.

Patrushev dalam salah sebuah sesi temubualnya memaklumkan bahawa pertempuran di antara Rusia dan NATO itu sebenarnya berkaitan dengan AS dan Britain. Menurutnya,

“Apa yang berlaku di Ukraine ini bukanlah persengketaan di antara Moscow dan Kiev, namun ianya adalah konfrontasi ketenteraan di antara Rusia dan NATO, dan sebenarnya ianya adalah AS dan Britain.”

“Perancangan golongan Barat adalah untuk terus memecahkan Rusia dan menghapuskan Rusia daripada peta politik dunia secara berperingkat”.

Sebelum ini, AS telah menafikan dakwaan berkenaan niat negara tersebut untuk menghapuskan Rusia. Manakala Joe Biden pula pernah mengeluarkan kenyataan bahawa persengketaan yang berlaku di antara Rusia dan NATO berpotensi untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: