Tempatan

Penampakan 4 Anak Harimau Malaya, Beri Sinar Harapan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 08 Julai 2022 – Tabung Hidupan Liar (WWF) berkongsikan imej terbaru empat ekor anak Harimau Malaya yang dirakam perangkap kamera pada awal tahun ini.

Menerusi imej dikongsikan Tabung Hidupan Liar (WWF), empat anak harimau itu dilihat bersama ibunya dengan tiga di hadapan, manakala seekor lagi di bahagian kanan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia Sophia Lim berkata, penemuan terbaharu ini merupakan satu perkembangan yang dialu-alukan terutamanya menjelang sambutan Hari Harimau Global pada bulan ini.

“Dengan populasi harimau yang kini berjumlah kurang daripada 150 ekor di Semenanjung Malaysia, perkembangan terbaharu ini ibarat memberi harapan baharu bahawa spesis yang terancam kritikal ini dapat diselamatkan daripada ambang kepupusan.”

“Justeru, rondaan berterusan sangat penting untuk dilakukan bagi melindungi harimau dan anaknya daripada ancaman pemburu haram dan kehilangan habitat sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak (PSPC), Shah Redza Hussein berkata, kehadiran anak harimau itu membuktikan bahawa dengan habitat yang sesuai dan ketersediaan makanan sepatutnya, haiwan itu boleh membiak.

“Kita memerlukan usaha antipemburuan haram berterusan yang lebih kukuh bagi memastikan anak harimau ini selamat daripada pemburu haram dan mampu bertahan sehingga dewasa.

“Ia memerlukan usaha kolaboratif. Ini adalah bukti harimau masih boleh mendiami semula, jika habitat, makanan dan keselamatan terjamin dengan populasi berdaya maju, walaupun kecil,” katanya.

Bulan ini, undang-undang bagi jenayah hidupan liar dijangka akan berkuat kuasa dengan lebih ketat dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 (Akta 716) menjadikan denda maksimum kepada RM1 juta daripada RM500,000 bagi pesalah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: