Tempatan

AMARAN Banjir Negeri Johor – JPS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 19 Disember 2022 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia meramalkan kejadian banjir boleh berlaku di daerah Mersing dan Johor Bahru hari ini dan lusa sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Negeri Johor.

Ramalan itu dikeluarkan pada pagi ini, susulan amaran hujan berterusan (Bahaya) yang disediakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) bertarikh 18 Disember 2022 jam 10:00 malam dan hasil simulasi model ramalan banjir.

Dalam amaran tersebut, Sungai Melikai (Mersing) dan kawasan sekitarnya diramalkan berlaku banjir mulai jam 12:00 tengah hari, hari ni.

Manakala, di Kampung Kangkar Sungai Tiram (Johor Bahru) dan kawasan sekitarnya dijangka berlaku banjir pada 21 Disember 2022 mulai jam 9:00 malam.

“Namun begitu, banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.”

Oleh yang demikian, amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: