Antarabangsa

Singapura Larang Pemakaian Simbol Berkaitan Perang Israel-Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 07 November 2023 – Memaparkan atau memakai lambang negara asing secara terbuka berkaitan perang antara Israel dan Palestin tanpa permit adalah satu kesalahan, menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura.

Memetik kepada satu laporan, MHA menegaskan bahawa mereka yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan dan denda sehingga RM2,329 di bawah Akta Lambang Negara Asing (Kawalan Paparan) 1949.

Undang-undang tersebut terpakai kepada semua lambang negara asing termasuklah bendera dan sepanduk bagi mana-mana negara malahan pelancong yang memakai pakaian seumpamanya juga boleh dinafikan dari memasuki Singapura.

Menurut MHA, pihaknya menyedari terdapat pakaian serta kelengkapan dengan lambang negara asing berkaitan peperangan yang sedang berlaku ada dijual secara dalam talian serta dipakai atau dipamerkan oleh orang awam.

Sehubungan itu, MHA menasihati orang ramai untuk tidak mempamerkan dan memakai barangan yang berkaitan dengan konflik itu dan turut menambah bahawa,

“Khususnya, mempromosikan atau menyokong keganasan melalui paparan pakaian atau kelengkapan yang membawa logo kumpulan pengganas atau militan, seperti Hamas atau sayap tenteranya Briged Al-Qassam, tidak dimaafkan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: