Tempatan

PEMULIH: Kerajaan Setuju Beri Moratorium Automatik

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2021 – Kerajaan dengan kerjasama pihak bank bersetuju untuk memberikan moratorium automatik selama enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.”

“Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank,” jelas beliau lagi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelaksanaan PEMULIH berjumlah 150 bilion ringgit merangkumi suntikan langsung fiscal kerajaan sebanyak 10 bilion ringgit.

PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button