Tempatan

Pemuda UMNO Kekal Pendirian, Bantah Dana Bantuan Sekolah Vernakular Cina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mei 2023 – Pemuda UMNO tetap dengan pendiriannya membantah peruntukan dana bantuan kepada Sekolah Vernakular Cina.

Menurut Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, pendirian mereka tidak akan berubah biarpun kumpulan pendidikan Dong Zong menggesa agar tindakan dikenakan terhadap parti tersebut.

Beliau turut menekankan bahawa kenyataan parti tersebut berhubung jumlah RM15.7 juta bukanlah bermotifkan politik.

“Jika Dong Zong bercakap tentang hak, kami bercakap tentang perkara yang sama juga.”

“Teruskan dan ambil tindakan terhadap saya kerana pendirian saya terhadap isu ini tidak akan berubah,” katanya kepada sebuah portal tempatan.

BACA JUGA: Gaji Pekerja Tempatan Tidak Setimpal, Tidak Berbaloi – Presiden UNI-MLC

BACA JUGA: Aktivis Beri Peringatan Tentang Lagu Viral, Takut Tergelincir Akidah

BACA JUGA: TERKINI: Abai & Aniaya Remaja Sindrom Down, Siti Bainun Didapati Bersalah

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut menyatakan bahawa jumlah yang diterima oleh setiap sekolah Cina adalah dua kali ganda berbanding yang diperuntukkan untuk institusi agama.

Beliau justeru menyeru pihak Kerajaan agar menyerap sekolah Cina ke dalam sistem pendidikan kebangsaan sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan.

Kata beliau lagi, Dong Zong tidak perlu bantuan Kerajaan kerana mereka berjaya mengutip RM360 juta yuran persekolahan untuk sekolah di bawah bidang kuasanya.

Samudera.my sebelum ini melaporkan, kumpulan pendidikan Dong Zong menggesa agar pihak Kerajaan berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung peruntukan yang diberikan kepada Sekolah Cina seluruh negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: