Tempatan

Pemuda UMNO Bakal Serah Memorandum Bantah Kebiadapan Jocelyn Chia Perlekeh Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Jun 2023 – Memorandum bantahan terhadap tindakan seorang pelawak, Jocelyn Chia yang didakwa menghina Malaysia dan bangsa Melayu akan diserahkan pada jam 2 petang hari ini, 09 Jun 2023.

Menurut kenyataan daripada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh, serahan tersebut akan dilakukan di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

BACA JUGA: Sup Tulang Babi Sebagai Makanan Kebangsaan, Judi Sebagai Permainan Kebangsaan?

BACA JUGA: Sup Tulang Babi Makanan Tradisi, “Astaghfirullah” Kata Mantan Menteri KKOM

BACA JUGA: Tanah PDRM Tukar Milik Ke Gereja, Tiada Tindakan Lanjut – Menteri Dalam Negeri

“Kebebasan bersuara perlu disulami dengan akal fikiran yang baik, jika tiada berakal maka inilah hasilnya.”

“Kita bantah dan kita tuntut kerajaan Malaysia untuk mengharamkan petualang ini untuk menjejakkan kakinya di bumi Malaysia selepas ini.”

“Bumi berdaulat ini tidak memerlukan petualang seperti ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebooknya.

Baru-baru ini, pelawak tersebut mencetuskan kekecohan apabila ‘jenaka’ yang dikeluarkan didakwa menghina Malaysia selepas videonya tular di media sosial.

Tindakannya itu mendapat kecaman daripada Menteri Luar Negeri, Dr Zambry Abd Kadir berikutan ia jelas memperlekeh Malaysia dan mempersenda tragedi MH370.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: