Pemuda PAS Beri Amaran Keras Kepada Semua Penghina Nabi – Nazir Helmi
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 11 Jun 2022 – Ketua Penerangan Parti Islam Se Malaysia (PAS), Khairul Nadzir bin Helmi Azhar mengatakan bahawa pemuda PAS memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang membantah atau menyatakan kebencian kepada Nabi Muhammad S.A.W, semalam dalam Himpunan Bantahan Penghinaan Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Jamiul Ehsan, Kuala Lumpur.
Katanya, kehadiran anak-anak muda dalam himpunan itu adalah bagi membuktikan cinta mereka kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W sekaligus menyatakan bantahan terhadap dua individu jahil yang tidak tahu tentang kemuliaan Nabi Muhammad S.A.W.
Menurutnya, penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W yang dilakukan oleh dua individu itu kononnya menunjukkan bahawa tiada pihak yang akan membela.
Namun, kehadiran itu adalah bagi memberi gambaran yang jelas terhadap dua individu tersebut yang bahawa anak-anak muda ini yang akan menjadi benteng kepada Nabi Muhammad S.A.W, ucapnya yang diikuti dengan laungan takbir.
Tegasnya lagi, itu merupakan tanggungjawab mereka yang perlu disebarkan di seluruh Malaysia bagi meningkatkan kecaknaan anak-anak muda terhadap isu tersebut.
Mengulas lanjut, beliau menyeru para media untuk menghebahkan bantahan terhadap penghinaan Nabi Muhammad S.A.W hingga ke seluruh pelusuk tanah air.
Beliau juga meyeru anak-anak muda PAS dan seluruh anak muda di Malaysia untuk membantah sekeras-kerasnya atas apa yang telah dilakukan oleh dua individu tersebut.