NGO

Pemuda GTA Bidas Kenyataan P Ramasamy Bersifat Rasis Kepada Sistem Pendidikan Negara – Nasrul Ali Hasan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 September 2022 – Pemuda GTA membidas kenyataan P Ramasamy yang menyalahkan penerapan nilai budaya dan agama satu etnik di sekolah kebangsaan menjadi penyebab penyertaan murid bukan Melayu merosot,” tegas Ketua Pemuda Gerakan Tanah Air (GTA) Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif.

Menurutnya, yang perlu setiap pemimpin di Malaysia walau apa jua bangsa dan etnik adalah menerapkan kefahaman yang benar dan bukan mempolitikkan sistem pendidikan dengan pandangan rasis yang dangkal dan berat sebelah terhadap sistem pendidikan negara.

Ujar beliau, P Ramasamy patut kena belajar menghayati semula nilai kenegaraan dan tingkatkan jati diri dalam menghayati Rukun Negara.

“Sikap penerimaan dan keterbukaan yang beliau amalkan betul-betul bercanggah dan bersifat double standard,” ujarnya.

Nasrul berkata, Ramasamy telah menyalah tafsir penekanan nilai Perlembagaan Persekutuan dalam sistem pendidikan dengan menyalahkan tentang penekanan di Sekolah Kebangsaan pada masa ini hanya tertumpu kepada ciri budaya dan agama satu komuniti etnik yang menyebabkan pendidikan sekolah kebangsaan tidak kondusif kepada segmen etnik lain.

Tambah beliau yang juga Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia, walaupun sekolah antarabangsa mempunyai silibus atau sistem pendidikan yang dilihat holistik, tetapi kalau penerapan nilai toleransi, memahami dan menghormati isi Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 8, 11, 152 dan 153 yang telah terangkum dalam Rukunegara itu gagal diterapkan maka kita akan melahirkan generasi masa depan yang lemah jati diri kenegaraannya.

Justeru, tegasnya lagi, Pemuda GTA menggesa dan menuntut agar segera diwujudkan sekolah satu aliran dan tidak dipecah-pecahkan lagi bagi menjamin masa depan generasi muda yang mempunyai nilai Patriotisme dan Nasionalisme yang tinggi bagi menjaga negara ini pada masa akan datang.

Leave a Reply

Back to top button