Tempatan

Harga Telur: Kerajaan Setuju Subsidi 5 Sen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 12 Februari 2022 – “Penternak akan menerima subsidi 60 sen sekilogram bagi ayam hidup dan ayam bulat serta 5 sen bagi sebiji telur ayam tanpa mengira kategori,” ujar Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Jelas beliau dengan lebih lanjut, Jemaah Menteri telah membuat persetujuan bersama di mana akan memberi subsidi kepada penternak ayam sebanyak RM0.60 dengan mengambil kira harga ayam hidup di peringkat ladang sebanyak RM5.90 sekilogram dan RM8.90 sekilogram harga runcit bagi seekor ayam bulat.

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan
BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini – Lee Yoon Yeau
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu berkata, kerajaan seharusnya mempercepatkan proses pemberian dan penyaluran subsidi tersebut supaya dapat membantu penternak melunaskan pelbagai kos yang ditanggung selama ini.

Keputusan ini disambut baik oleh Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey.

Ujarnya, keputusan yang dibuat oleh kerajaan dengan memberi subsidi harga ayam dan telur kepada penternak sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) secara langsung telah berjaya mengurangkan bebanan yang ditanggung ekoran kenaikan kos rantaian bekalan.

Beberapa hari lalu Timbalan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau mendakwa, sekiranya kerajaan tidak melaksanakan subsidi iaitu menaikkan harga kepada 40 sehingga 42 sen sebiji, pengeluaran telur akan terus terjejas sehingga tiga juta biji sehari, termasuklah pada Ramadan depan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: