Peminat Muslim Terkilan Artis Kpop Pakai Rantai Kalimah Allah
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SEOUL, 01 Februari 2022 – Peminat Kpop menyuarakan kekesalan dan rasa berang mereka selepas seorang ahli kumpulan artis Korea Selatan dilihat memakai rantai bertulis kalimah Allah sebagai alat perhiasan.
Jake, dari kumpulan ENHYPEN memakai rantai tersebut sewaktu melakukan persembahan nyanyian dan tarian bersama ahli kumpulannya dalam acara Inkigayo, 23 Januari lalu.
Rata-rata peminat menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tindakan biadap terhadap agama Islam.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Punca Jari Perlu Dipotong? Wanita Dapatkan Pandangan Kedua
Atas sebab itu, para peminat menuntut Jake, syarikat pengurusannya, Belift Lab dan penggayanya (stylist) memohon maaf atas tindakan tersebut.
“@BELIFTLAB, Sewaktu persembahan Inkigayo pada 23 Januari 2022, JAKE dari ENHYPEN dilihat memakai rantai bertulis kalimah Allah. Ini adalah satu tindakan biadap terhadap Muslim. Kami menuntut agar permohonan maaf dilakukan dan artis serta penggayanya untuk lebih berpelajaran,” ciap @jakeupdateteam.
Dear @BELIFTLAB
During the Inkigayo stage on 23rd January, JAKE from ENHYPEN was seen wearing a necklace that says Allah (God in Islam)’s name in Arabic. This is very disrespectful to Muslims. We hope a proper apology is made, and, the artists and stylists to be better educated.— TEAM JAKE (@jakeupdateteam) January 29, 2022
@notcisarmys pula berkata,
“tw//islamofobia
Sebagai seorang Muslim, saya mahu menggunakan platform saya untuk menyuarakan tindakan islamofobik yang dilakukan oleh Jake dari Enhypen, Jake dari Enhypen memakai kalung dengan kalimah Allah. Allah adalah tujan saya dan Jake menggunakan ahama sebagai estetik yang membuatkan saya berasa amat marah.”
tw // islamaphobia
as a muslim i would like to use my platform here to speak up on the islamaphobic thing done by jake from enhypen, jake from enhypen wore a necklace with ” allah ” on it allah is my god and jakes using my religon as an aesthetic which makes me +— not-cis armys🦷 (@notcisarmys) January 29, 2022
Manakala seorang lagi pengguna Twitter yang merupakan peminat kumpulan Enhypen menyeru peminat antarabangsa, iengenes untuk memboikot barang-barang (merch) Enhypen berikutan kejadian ini.
“Saya mengatakan ya kepada rakyat engenes Malaysia/Muslim untuk memboikot barangan Belift. Sebagai pembeli tegar barangan ENHYPEN yang selalunya menjuarai carta pembeli, jika kita boikot dan jualan menurun, mungkin Belift akan melihat iengenes sama penting seperti kengenes.”
i say yes to malaysian/muslim engenes boycotting buying belift merch. since we have always been top 1 for sales for ENHYPEN, if we boycott it and the sales go down maybe belift will see iengenes are just as important as kengenes.
— haevis (@jalheedan) January 31, 2022
Ini bukan kali pertama artis Korea Selatan menghina agama Islam dengan menggunakannya sebagai nilai estetik.
Sebelum ini, rancangan realiti pertandingan tarian wanita Korea Selatan, Street Woman Fight terbitan Mnet telah menimbulkan kemarahan umat Islam dengan menghina panggilan azan.
Mereka menggunakan laungan azan sebagai muzik pengiring video pembukaan episod ketiga program itu.
Sehingga hari ini, tiada sebarang permohonan maaf dikeluarkan oleh Mnet Official berkaitan kejadian tersebut.