Tempatan

Peminat K-Pop Terbuka Hati Terima Dakwah Shuib Sepahtu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2021 – Nasihat Shuib Sepahtu kepada ibu bapa umat Islam negara ini agar mendidik anak mereka untuk menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai idola dan bukannya golongan penyanyi popular dari Korea Selatan diterima dengan baik oleh sebilangan pengikut K-pop.

Shuib menyelitkan nasihat tersebut menerusi video secara langsung di Instagram beliau, video yang khusus untuk mengucapkan penghargaan tidak terhingga beliau kepada semua yang telah mendoakan Allahyarham isterinya sejak dimasukan ke hospital tempoh hari.

Nasihat Shuib , “Marah anak kita kalau mengidolakan BTS , Blackpink . Minta maaf cakap ya. Minta maaf kalau ada army, saya minta maaf cakap. bukan itu yang patut kita idolakan.

“Terang nyata lagi bersuluh. Siapa yang kita idolakan? Manusia yang paling mulia dalam dunia ini… kita ini umat Nabi Muhammad. Allah turunkan Nabi Muhammad s.a.w.”

“Kenapa nak kena idolakan Blackpink, BTS, sebab apa? Pahala pun tak dapat. Kita kena mengidolakan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat.”

Menurut salah seorang pengguna Twitter, Shuib mengemukakan nasihat itu sebagai respon kepada salah sebuah komen jelik di video live tersebut yang memperlekehkan Shuib yang sedang bersedih kerana kematian isteri tercintanya itu tidak setaraf dengan kumpulan K-pop terkemuka, BTS.

“masa live shuib tadi there’s one fake acc using army name cakap “siapa suruh takde fandom macam bts ada”. like i sumpah la nak carut that acc yaa. Then shuib counterback saying kenapa nak idolakan diorang since kita ada nabi Muhammad.”

IMG_20210811_064407.jpg?resize=300%2C162&is-pending-load=1#038;ssl=1

Seorang peminat K-pop menyeru kepada kawan-kawan peminatnya untuk tidak berkecil hati dengan nasihat Shuib itu kerana menurutnya, terdapat kebenaran pada peringatan itu.

listen . jgn amik srs sgt pasal shuib mention pasal bts kat live tadi . mungkin niat dia nak suruh kita jangan terlalu taksub , that’s all ! if you know your limit as a fan , then no need to terasa 🙂 tak salah kan islam menegur islam . lagipun dia minta maaf if ayat dia trkasar.”

IMG_20210811_064203.jpg?resize=300%2C177&is-pending-load=1#038;ssl=1

Ada juga peminat K-pop yang mengungkapkan penghargaannya kepada Shuib atas peringatan tersebut, dan mendoakan agar pengikut artis-artis K-pop sentiasa di jalan Allah.

“betul apa shuib cakap, idola kita sebagai umat islam ni hanya Nabi Muhammad SWT. not only bts and blackpink, its still a reminder for us, kpopers to not terlalu mengidolakan seseorang lebih daripada Beliau. inshaAllah semoga kita sentiasa di jalan Allah. terima kasih, shuib ♥️”

IMG_20210811_064329.jpg?resize=300%2C171&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: