Antarabangsa

Peminat Bola Sepak Itali Ditegur Beri Gelar Berbaur Perkauman Kepada Pemilik Kelab Lawan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ITALI, 4 Oktober 2022 – Peminat kelab bola sepak Atlanta ditegur susulan ejekan yang dilontarkan ke atas Rocco Commisso, pemilik kelab ACF Fiorentina dalam sebuah perlawanan awal pagi semalam.

“Hari ini, kita menyaksikan sesuatu yang memalukan, bukan dari seorang, tetapi dari seluruh barisan penyokong.” Ujar Joe Barone, pengurus utama Fiorentina.

“Kita melawan perkauman di Amerika dan hari ini di Itali kita ada situasi yang tidak boleh diterima. Bukan sahaja pihak bertanggungjawab liga perlu masuk campur, bahkan jawatankuasa olimpik Itali dan kerajaan.” Tegasnya lagi.

Menurut sebuah laporan tempatan, penyokong kelab Atlanta telah melaungkan laungan dengan unsur perkauman ke atas Commisso, di mana ia dipercayai bersangkut-paut dengan asal-usul Commisso yang berasal dari kawasan Selatan Itali.

Ejekan ke atas mereka yang berasal dari kawasan Selatan Itali bukanlah sesuatu yang asing, di mana ia merupakan sebuah ejekan yang lahir dari sejarah penindasan oleh golongan bangsawan di bahagian Utara Itali ke atas mereka yang berasal dari Selatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: