Terkini

Ramalan “Kepala Ribut” Adalah Palsu – MET Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2021 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan “Kepala Ribut” yang sedang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp.

“MET Malaysia ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” demikian kenyataan rasmi MET Malaysia.

Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MET Malaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial kerana lanya adalah kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika didapati bersalah, mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

“Justeru kita ingin mengingatkan orang ramal agar tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan atau kesimpulan mengenal isu berkenaan atau memanjangkan mesej berkenaan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: