Tempatan

Pemimpin Sokong Penceroboh Perosak Negara – Hj Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAUB, 14 Julai 2023 – Pemimpin yang menyokong tindakan penceroboh merupakan perosak kepada negara, tegas Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Hj Aminuddin Yahaya menyelar tindakan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang mendesak agar penceroboh haram durian Musing King Raub diberikan geran.

“Kenyataan Chow Yu Hui, MP Raub itu kenyataan yang biadab, kenyataan yang tidak memahami akan realiti penduduk kampung.”

“Macam mana mahkamah kata salah, mahkamah kata penceroboh masih lagi dalam bicara dia dah tuntut geran?”

“Jadi bagi saya ini satu penghinaan dan penganiayaan pada rakan-rakan, sahabat-sahabat kita terutamanya bekas-bekas tentera yang ada di sini yang telah duduk berpuluh tahun tapi tak dapat sebidang tanah pun. Tetapi yang penceroboh didesak untuk dibagikan geran.”

“Jadi bagi saya pemimpin macam ini lah yang merosakkan negara, yang memecahkan kaum.”

BACA JUGA: China & ASEAN Teruskan Rundingan Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas

BACA JUGA: 8 Plaintiff Akan Kemukakan Laporan Perubatan, Sebagai Bukti Prasarana Cuai

BACA JUGA: Pencemaran Toksin Kulat Ancam Penternak Kecil

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan kekecewaan di mana tidak ada pemimpin yang terdiri daripada orang Melayu bangkit bersuara bagi pihak-pihak yang juga inginkan hak yang sama.

“Ini bukan isu parti, ini bukan isu politik, ini isu hak. Kalau dia boleh pergi pada hak asasi manusia, apakah betul orang yang mencuri boleh menjadi hak? Orang yang nak betul-betul tak dijadikan hak?”

Sehubungan itu, beliau menyeru agar pihak kerajaan, Negeri serta pusat untuk mengambil tindakan supaya tiada lagi kenyataan sedemikian dikeluarkan lagi berikutan kenyataan seperti itu benar-benar mengguriskan hati penduduk-penduduk tempatan yang ada di situ.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: