Tempatan

Tragedi Batang Kali: Laporan Siap Hujung Bulan Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 07 Jun 2023 – Laporan penuh tragedi tanah runtuh Batang Kali kini dalam peringkat penyediaan deraf laporan akhir dan dijangka siap akhir bulan ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Nanta dalam kenyataan memaklumkan, laporan hasil penemuan akan diperolehi pada akhir Jun 2023 dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum dimuktamadkan untuk semua pihak yang terlibat mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya memahami banyak pihak termasuk keluarga mangsa yang terjejas ingin mengetahui atau mendapatkan laporan akhir kejadian berkenaan, justeru saya memberi jaminan JKR sedang melakukan usaha yang terbaik untuk melengkapkan proses ini,” katanya.

BACA JUGA : Cuaca Kering, Jerebu Melanda Malaysia Hingga September

BACA JUGA: Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali, Kerajaan Digesa Kongsi Siasatan

BACA JUGA: Kanak-Kanak Tersedut Cecair Vape Disyaki Keracunan Nikotin

Menurutnya, laporan itu disediakan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan.

Nanta berkata, antara elemen yang diambil kira dalam penyiapan laporan tersebut adalah kerja-kerja ujian penyiasatan tanah di lapangan dan makmal serta penganalisis data.

“Data dari ujian ini adalah penting untuk dianalisis bagi menentukan mekanisme kegagalan oleh pelbagai pakar termasuk dari aspek kejuruteraan geoteknik dan geologi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali menuntut kerajaan mengeluarkan laporan penuh siasatan tragedi itu.

Pada tanggal 16 Disember 2022, negara dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban.

Mangsa yang terkorban adalah 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: