Antarabangsa

Skandal Perbankan China, Ratusan Diberkas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 31 OGOS 2022 – Salah satu dari skandal perbankan terbesar di China telah terbongkar apabila orang ramai telah ditipu dengan janji-janji manis palsu berkenaan perolehan pulangan yang tinggi untuk deposit mereka di enam buah bank tempatan di wilayah Henan dan Anhui.

Berikutan hal tersebut, pihak berkuasa China telah membuat sebanyak 234 tangkapan yang berkaitan dengan skandal yang telah menyebabkan protes dan keganasan besar-besaran pada awal tahun ini.

Berdasarkan kenyataan pihak berkuasa, Lu Yiwei, seorang yang dituduh sebagai dalang dalam skandal ini bersama rakan subahatnya telah menawarkan pulangan setinggi 18 peratus setahun.

Disebabkan skandal penipuan tersebut, empat bank di wilayah Henan telah menggantung pengeluaran wang tunai pada April lalu yang menyebabkan akaun ribuan pelanggan bagi empat bank tersebut dibekukan.

Justeru, para pelanggan yang mempunyai akaun di empat bank tersebut ketika itu tidak mempunyai akses terhadap akaun mereka sendiri dan hal ini telah menyebabkan berlakunya protes besar-besaran yang berakhir dengan insiden keganasan.

Pihak polis menyatakan bahawa selain daripada tangkapan yang telah dibuat, terdapat kemajuan yang ketara dalam usaha mereka untuk mengembalikan dana yang telah dicuri tersebut.

Menurut sebahagian penganalisis, skandal yang melibatkan ribuan akaun bank di negara tersebut telah menyebabkan orang ramai hilang keyakinan terhadap sistem kewangan di China.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: