TempatanTerkini

Pejuang UEC Tidak Setia Kepada Negara Malaysia – Prof. Datuk Dr Ramlah Adam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 September 2021 – “Pejuang UEC ini adalah pihak yang tidak setia kepada negara kerana begitu beriya-iya memperjuangkan sistem pendidikan yang diambil dari Taiwan dan dibawa masuk ke negara ini secara haram,” tegas Prof Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam.

Ujarnya, perbuatan mereka ini sekali gus menolak sistem Pendidikan Kebangsaan yang sudah lama diguna pakai semenjak negara kita merdeka lagi.

“Amat mengecewakan apabila mereka mendapat status warganegara Malaysia tetapi tidak ada taat setia kepada negara yang juga menjadi salah satu teras kepada Rukunegara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.”

Tegas pakar sejarah negara ini lagi, mengambil dan mengaplikasikan sesuatu di luar dari ruang negara ke dalam negara kita amat tidak kena.

“Apabila sistem kita dicampur dengan sistem pendidikan luar, ia boleh menjatuhkan maruah kita sebagai sebuah negara berdaulat.”

“Malah, mana-mana negara yang mengutamakan sistem kebangsaan mereka pun tidak akan berbuat demikian.”

Tegas Prof Datuk Dr Ramlah, sistem pendidikan negara yang sedia ada sudah cukup.

“Seharusnya kerajaan juga kena bertegas dalam hal ini dengan tidak mengiktiraf UEC.”

“Kalau diluluskan juga UEC ini, maknanya kita tidak ada satu sistem pendidikan yang boleh kita hormati, bermakna selepas ini sesiapa pun boleh buat apa yang mereka suka.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: