Tempatan

Pemimpin Melayu Cakap Berdegar-Degar, 60 Tahun Merdeka, Perlembagaan Masih Bahasa Kolonial – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 – “Selama 60 tahun kita merdeka, Perlembagaan yang menjadi referens kepada dunia perundangan negara kita ini, masih lagi Perlembagaan dalam bahasa kolonial!” Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahaya, membangkitkan kenyataan tersebut di dalam Himpunan Solidariti Akidah yang digerakkan oleh PEMBELA pagi tadi.

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: Perlis perlu murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

Himpunan yang menyaksikan kehadiran ratusan kepimpinan NGO-NGO Islam bagi menyatakan solidariti terhadap kes yang melibatkan persoalan akidah tiga anak kepada seorang mualaf yang menjadi kontroversi baru-baru.

Terikat dengan duluan kes Indira Gandhi di Mahkamah Persekutuan yang menetapkan tafsiran kepada perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, sebagai merujuk akidah anutan agama bagi mana-mana anak di bawah 18 ditentukan oleh ibu dan bapa, ramai pihak yang menyedari tentang isu teknikal ini, membangkitkan persoalan mengenai status Teks Sahih Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Melayu.

Samudera.my di dalam laporannya sebelum ini, mendedahkan pelancaran teks Perlembagaan Bahasa Melayu pernah dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2003.

Perkara berkenaan pelancaran Teks Perlembagaan Bahasa Melayu ini juga dibangkitkan di mana salah satu artikel penulisan samudera.my digunakan sebagai hujah di dalam perbicaraan kes melibatkan perebutan anak antara seorang mualaf dan pasangan yang kekal di dalam agama asal.

Persoalan ini dibangkitkan oleh ramai wakil NGO yang berucap dalam Himpunan Solidariti Akidah tersebut.

Pengerusi PEMBELA turut kesal dengan kedudukan kedaulatan bahasa Melayu yang seolah-olah dipinggirkan dari kedudukannya yang seharusnya berdaulat dengan menjadi teks rasmi Perlembagaan Persekutuan.

“Kenapa tidak gunakan referens Perlembagaan dalam bahasa Kebangsaan kita?! Ini satu perkara yang saya harap pihak tertentu dapat mempercepatkan usaha-usaha untuk mengesahkan Perlembagaan Bahasa Melayu ini yang sepatutnya menjadi bahasa yang menyatukan kita. Bahasa yang sepatutnya didaulatkan dalam negara kita ini!”
Hj Aminuddin turut menempelak pemimpin-pemimpin Melayu yang tidak lagi berkiblatkan kepada perjuangan untuk Agama dan Bangsa.

“Kita nampak tidak ada pemimpin parti pun yang sanggup bawa perkara ini. Betulkah mereka berjuang untuk Agama dan Bangsa, atau apa?! Cakap berdegar-degar dalam ceramah masing-masing. Kalau orang Johor ada di sini, pilih betul-betul pemimpin! Kalau silap pilih, bak kata P Ramlee, dapat taik saja!”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: