Tempatan

Pemimpin Malaysia Bermasalah, “Jangan Sampai Timor Leste Lagi Hebat Dari Malaysia”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 April 2023 – “Ringkasnya, negara menghadapi krisis kepimpinan yang tenggelam dengan kedudukan dan kuasa yang dimiliki. Saman menyaman sudah menjadi semakin melebar yang menjadi senjata paling ampuh untuk membunuh lawan.”

“Kalaulah orang No. 1 negara sibuk dengan hal-hal sedemikian, bila negara akan move forward? Jangan nanti sampai Timor Leste lagi hebat dari Malaysia. Mana nak letak muka?” ini peringatan dari aktivis, Hj Aminuddin Yahaya merujuk kepada perkembangan negara ketika ini.

Kata Hj Aminuddin, beliau mendapati, negara seolah-olah hilang pedoman dan mencari-cari titik hala tuju yang jelas.

BACA JUGA: Sarawak Aktifkan Pangkalan Hadapan Musim Kemarau Buat Pertama Kali

BACA JUGA: Pembenihan Awan Bergantung Kepada Cuaca Semasa

BACA JUGA: Malaysia Akan Jadi Lebih Kering & Panas Bermula Jun Hingga Oktober

“Orang selalu perkatakan bahawa negara satu ketika dahulu dikenali sebagai “Asian Tigers” dengan perkembangan pembangunan dan pemesatan pertumbuhan ekonomi.”

“Namun mutakhir ini banyak negara-negara yang dahulunya sebaris dengan Malaysia kini telah jauh ke hadapan. Dengan sumber asli yang begitu banyak dan bilangan penduduk yang sangat sederhana sudah sepatutnya rakyat hidup boleh agak selesa. Tetapi apa yang kita lihat hari ini adalah sebaliknya malah semakin ramai rakyat yang jatuh miskin apatah lagi yang terus miskin,” keluh beliau.

Timbalan Pengerusi GTA itu kemudiannya turut menyenaraikan beberapa perkara melibatkan orang nombor satu di Malaysia yang menurutnya memberi kesan kepada negara.

“Cuba kita renungkan fakta-fakta ini :-

1. XPM kini di dalam penjara kerana disabitkan kesalahan rasuah.

2. Seorang XPM sedang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.

3. PMX mendakwa seorang XPM terlibat juga dengan rasuah.

4. XPM dikatakan akan menyaman PMX atas dakwaan memfitnah.

5. Seorang XPM juga katanya sedang menunggu-nunggu untuk didakwa atas kesalahan yang sama.”

Tegas Hj Aminuddin, kalau kita lihat senario ini bermakna negara selama ini berhadapan dengan masalah yang sangat serius. Bukan kerana soal lain tetapi ia terletak kepada orang No.1 sendiri.

“Kalau masalah itu wujud pada perkara lain mungkin kesannya tidak sebesar sekarang. Tetapi apabila ia melibatkan orang No 1 negara maka sudah pasti kesannya sangat mendalam kepada negara. Mana-mana organisasi pun akan terjejas jika pemimpinnya tidak mempunyai visi yang jelas,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: