Antarabangsa

Pemimpin India Hina Nabi: Jangan Harap India Sertai FIFA World Cup Qatar 2022

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 14 Jun 2022 – Peminat bola sepak India yang teruja untuk menyertai Piala Dunia FIFA di Qatar mungkin terpaksa membatalkan niat mereka kerana negara tuan rumah sedang membuat pertimbangan sama ada untuk membenarkan kehadiran mereka ke sana setelah Jurucakap Nasional parti pemerintah India membuat kenyataan menghina terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Isu ini timbul setelah permohonan seorang peminat bola sepak India untuk mendapatkan tempat menginap sepanjang Piala Dunia itu telah ditolak oleh Qatar.

Dalam maklum balas menerusi email, peminat tersebut telah dimaklumkan bahawa kerajaan Qatar sedang dalam proses untuk menentukan sama ada mahu membenarkan atau tidak tempahan dari negara India disebabkan oleh “peristiwa-peristiwa yang baru berlaku”.

Kejadian ini adalah susulan penghinaan Jurucakap Nasional BJP, Nupur Sharma, terhadap Nabi Muhammad S.A.W. dan isteri baginda yang telah mendatangkan kemarahan umat Islam seluruh dunia termasuk Qatar.

Qatar telah membuat tuntutan “permohonan maaf secara terbuka” dari kerajaan India, namun masih belum mendapat apa-apa maklum balas mengenai tuntutan tersebut.

Di Malaysia, satu himpunan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. juga diadakan selepas selesai solat Jumaat, bertempat di hadapan bangunan Kedutaan India di Malaysia, Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Lebih kurang kira-kira 100 wakil kepimpinan NGO-NGO Islam menyertai himpunan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. itu.

Namun begitu, para aktivis tersebut meluahkan kekecewaan mereka dengan sikap Pejabat Besar Kedutaan India di Malaysia yang tidak menghormati hak kebebasan bersuara kumpulan NGO Islam Malaysia yang mahu menghantar memorandum bantahan secara aman.

“Pagi tadi kita telah menghantar, kita telah masuk ke pejabat. Kita dah dibenarkan masuk. Tetapi kedutaan ini, menghalau kita keluar buta-buta! Tidak mahu menerima memo kita! Rakyat dalam negara menghantar secara baik, dihalau macam anjing kurap! Nampak tuan-tuan, biadab mereka ini!” Ustaz Masridzi Sat, salah seorang aktivis terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: